Pages

Adakah Anda Isteri Taat? Semak Senarai Di bawah.....

1.  Melayan suaminya dengan baik kerana itu adalah tuntutan. Mereka melakukannya semata-mata mentaati Allah dan mendapat keredhaan-Nya.


2.  Apabila suami berhajat, segera mendapatkannya dan meninggalkan segera kerja-kerja yang sedang dilakukannya. Menghiasi diri dengan solekan, wangian dan menarik. 


3. Ada isteri yang melayan baik suaminya tetapi marah atau bermasam muka apabila suami menyuarakan hajat untuk berkahwin lagi. Pada mereka bermadu itu satu kehinaan dan lebih rela suami mempunyai wanita simpanan.


4. Isteri yang bertaqwa tidak peduli sekiranya hidup bermadu, kerana redha dengan ketentuan illahi dan sentiasa bersabar atas setiap ujian dan melayan suaminya dengan ikhlas kerana tahu tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.



5. Hanya isteri yang solehah sahaja gembira apabila dimadukan kerana sedar suaminya telah menyelamatkan seorang lagi wanita, solatnya lebih khusyuk, melembutkan hati dan menenangkan hatinya.


6. Isteri harus mengikiskan sifat mazmumahnya dan berdoa digantikan dengan lebih banyak sifat mazmudah agar dapat berdepan dengan segala ujian dengan lebih tabah.


7. Janganlah menangis kerana dimadukan, sayang harta dunia dan sebagainya tetapi menangislah kerana Allah, takutkan azab-Nya dan kerana rindukan-Nya.


8. Banyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW kerana bagindalah yang akan memimpin umatnya ke syurga di akhirat kelak.


9. Jadilah isteri siddiqin. Isteri yang tidak meminta apa-apa dari suaminya malah bersyukur dengan apa yang telah disediakan oleh suaminya.Sukar mendapatkan isteri bersifat begini terutama diakhir zaman ini. Ini adalah wanita yang sempurna.


10. Isteri yang solihin dan fasik.....