Pages

Wanita Bersuami Dua

Seorang wanita yang didakwa bernikah lain ketika masih berstatus isteri orang menimbulkan keraguan dan kemusykilan ibunya sendiri.

Maimunah, berkata dia keliru dengan tindakan anaknya, Aidati, yang dikatakan sudah berkahwin lain pada Februari lalu walaupun masih belum bercerai dengan suami pertama.


Aidati dikatakan tidak pernah bercerai dengan suami sebelum membuat keputusan berkahwin dengan seorang lelaki, kakitangan kerajaan di Kuala Lumpur.



Maimunah keliru dengan status perkahwinan anaknya kerana dia tidak pernah bercerai dengan suami pertama sebelum berkahwin lain.

Aidati tidak pernah merahsiakan mengenai perkahwinan kedua itu, malah turut menjemput Maimunah menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, Maimunah enggan berbuat demikian kerana keliru dan bingung dengan tindakan anaknya itu.

Maimunah tidak tahu bagaimana Aidati boleh berkahwin kali kedua sedangkan masih lagi bergelar isteri orang yang sah.

Namun, perkahwinan Aidati bersama suami kedua hanya bertahan tiga bulan apabila diceraikan dengan talak tiga di Kuala Lumpur.

Tidak cukup dengan masalah itu, Aidati bertambah runsing apabila hingga kini anak bersama suami pertama masih tinggal bersama bekas suaminya itu.