Pages

Derita Yang Ku Pendam

Saya telah berkahwin hampir 8 tahun dan dikurniakan 3 orang cahayamata. Masalah bermula selepas saya dapat tahu pada tahun ke-6 usia perkahwinan rupa-rupanya suami curang pada saya semenjak mula kawin lagi. Rahsia ni terbongkar bila saya secara tak sengaja terjumpa telefon yang suami sembunyikan selama ini.

Betapa hancur luluhnya hati apabila mendapati terdapat banyak mesej antara perempuan tu dan suami. Pada mulanya suami tak mengaku tetapi setelah ditunjukkan bukti baru la dia mengaku......



Betapa bodohnya saya rasakan ketika itu sebab diperlakukan begitu. Macamana tak bodoh…untuk pengetahuan, saya bekerja syif. Syif saya memang tak menentu. Masa inilah suami menggunakan peluang untuk bertemu kekasih hati. Patutlah suami tak mahu jaga anak bila saya kerja syif malam dengan alasan anak kami meragam dan takut nanti kalut nak pergi kerja. Sudahnya anak terpaksa dihantar ke kampung.


Saya tak pernah syak suami sebab saya ingat suami memang cinta dan sayangkan saya. Lagipun suami selalu ada bersama-sama saya. Tapi rupa-rupanya di belakang saya dia keluar dengan perempuan lain.
Saya minta dilepaskan tetapi suami tak mahu dan minta diberi peluang sekali lagi. Semenjak kejadian itu hati saya betul-betul dah tawar tetapi demi anak-anak saya cuba bertahan.

Awal tahun lepas kami telah berpindah ke rumah baru. Disini bermulalah episod lain dalam hidup saya. Hari-hari saya berendam airmata. Sekarang masa suami untuk saya dan anak-anak semakin kurang, semuanya disebabkan kawan-kawan baru yang suami kenal.

Bila bersama saya dan anak-anak, macam-macam alasan yang suami beri ; tak laratla, letihla. Tapi dengan kawan-kawan dia, sampai pukul 5 pagi pun sanggup.

Saya sedih. Dahla letih bekerja balik rumah nak uruskan rumah dan anak-anak lagi. Nak harapkan suami tolong jauh sekali. Bila saya tegur, suami melenting kata saya mengongkong dia.

Saya cuma nak suami faham. Salahkah saya? Adilkah semua ni? Saya betul-betul tertekan dengan semua ini dan saya tiada tempat untuk mengadu. Bantulah saya. Setidak-tidaknya dengan kata-kata semangat dan nasihat anda.

Saya sebenarnya dah tak larat lagi untuk berpura-pura bahagia sedang hakikatnya saya menderita. Derita di dalam itu amat menyiksakan